Thursday, August 27, 2009

IMAN DAN TAQWA

Iman dan Taqwa
hidup subur pada diri
seseorang akan berbuah. Buah Iman
dan Taqwa itu banyak sekali, dan terus menerus sepanjang
masa. Tidak bermusim, hingga buahnya dimusim susah ialah kesabaran,
dimusim senang dan beruntung ialah syukur, dimusim perang dan kekacauan
ialah ketenangan, dikala bersalah ialah ampunan dan taubat.
Dan buahnya yang terus ada disegala musim ialah
rasa bahagia dan puashati dan buahnya
yang paling tinggi kedudukannya ialah
timbul perasaan 'CINTA' terhadap
ALLAH S.W.T.

Monday, August 10, 2009

Kotak Berisi Kasih


Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah..anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali…meminta satu gulung…
“ Untuk apa?” Tanya si ayah..
“ Nak bungkus hadiah “ jawab si kecil..
“ Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah..sambil memberikan satu gulungan kecil…
Keesokan harinya..pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya..” Yah, Ayah…..ada hadiah untuk Ayah..”
Si ayah yang masih mengeliat..matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab…”sudahlah..nanti-nanti saja….”
Tetapi si kecil pantang menyerah…”Ayah, Ayah, bangun Ayah..dah pagi…”
“Eh …kenapa ganggu ayah…masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun…”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam…
“ Hadiah apa ni?”
“ Hadiah hari jadi untuk Ayah..Bukalah Yah, buka sekarang…”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu…
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong..Tidak berisi apa pun juga…
“ Eh…kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah..membazir tu”
Si kecil menjawab..”Tak Ayah…..ada isi tu…Tadi kan..puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah..”
Si ayah merasa terharu..dia mengangkat anaknya..dipeluk dan diciumnya…
“Puteri..ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini..Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini….
Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman puteri…ayah akan mengambil satu…nanti kalau kosong diisi lagi ya…”
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi..tidak memiliki nilai apa-apa pun..tiba-tiba terisi..tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi..Apa yang terjadi??
Lalu,,walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah..namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong…..

Moral :

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain…sebaliknya penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain..KOSONG dan PENUH..kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri…sebagaimana anda memandang hidup demikianlah kehidupan anda..Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya..memberikan makna kepadanya…bagi mereka yang tidak memberikan makna..tidak memberikan erti..hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong………………
Jasa ibu cukup besar dalam hidup kita, semoga kita akan menghargainya dan membalasnya jika berkesempatan..

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam. Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah. Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak. Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH".

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih. Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita. Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE". Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik. Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan. Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang-
sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin - kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!" Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!" Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu. Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata " saya sibuk!!!!" Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia.

Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.

NILAI KEHIDUPAN

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopanny a cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.
Tolol!Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir."Nak apa?!"Dia terketar terkejut, sedikit berundur. "Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat.Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata k e pantai.
Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.
"Kenapa ni? Gila?!""Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.
Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..Deng an rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus." Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?". Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.
Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas."Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki."Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma ak u belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." renungkan.... "When you are born, you are crying and everyone around you is smiling. Live your life so that when you die, you are smiling and everyone around you is crying

NILAI SEBUAH KASIH SAYANG

Ibu cacat, aku diejek kemana sahaja. Bagiku ibu cukup memalukan. Aku benci ibuku.

Ibuku, tukang masak di sekolah berhampiran dengan rumah kami. Semenjak kematian ayah ibu membanting tulang empat kerat semata-mata untuk menyara kehidupan kami. Aku tidak pernah peduli semua itu. Kadang-kala kemarahan aku berpunca dari mata ibu yang hanya sebelah.

Ibu kau mata satu macam lanun. Ibu kau buta. Itulah ejekan yang selalu aku terima bila ibu mula menghidang makanan untuk rakan-rakan yang berebut semasa rehat dikantin. Bila ku pandang ibu dengan kemarahan, ibu hanya tersenyum.

Pernah sekali ibu ziarahi aku di sekolah asrama penuh. Tak tahulah betapa malunya aku. Mengapa ibu malukan aku dihadapan kawan dan guruku ? Mengapa ibu harus tunjukkan muka dihadapan mereka. Aku berpura seakan tidak mengenali ibu. Aku melarikan diri dan membiarkan ibu bersendirian tercari-cari.

Keesokkan harinya, kawan sekelasku menyapa , Eeee mata mak kau sebelah aje lahhhh. Disebabkan perasaan malu yang teramat sangat aku menerpa ke arah ibu ”Ibu menjadikan saya bahan lawak dan ejekan di sekolah, kenapa ibu tidak mati sahaja ?”

Ibu hanya tunduk, tidak berkata apa. Aku tidak pernah terfikir akan apa yang aku katakan kepada ibu kerana aku terlalu marah dengan keadaan ini. Aku juga tidak hiraukan perasaan ibu. Bagiku sesudah kemiskinan menghimpit, ibuku pula dijadikan modal untuk aku diketawakan. Aku tidak mengaku dia ibuku lalu lari dari rumah, meninggalkan ibu keseorangan.

Aku membawa diri dan belajar bersungguh-sungguh untuk membina hidup baru dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran. Sekarang aku sudah berkahwin, punyai anak dan kemewahan. Kamus hidupku sungguh ceria, semuanya dalam keadaan selesa dan mewah. Tapi yang paling penting tiada ejekan dan hinaan lagi.

Suatu hari, entah dari mana ibu mendapat alamat rumahku. Terpacak orang tua itu dihadapan rumah. Berpuluh tahun aku meninggalkan ibu, ibu tidak pernah bertemu isteri dan anak-anakku. Ibu memberi salam, salamnya diketawakan oleh anak-anakku. ”Hoi ! orang tua, berambus kau, berani kau datang cari aku dan menakutkan anak-anakku, nyah kau dari sini”. Aku memarahi ibu kerana berani sampai dirumahku tanpa ku undang. Ibu menjawab dengan nada terketar-ketar ”Makcik minta maaf nak, makcik salah rumah”. Perlahan-lahan ibu berlalu dan hilang dari pandanganku.

Suatu hari, aku menerima sepucuk surat undangan dari sekolah lamaku. Perjumpaan rakan sekolah ”Reunion” rupanya. Aku ingin ketemu semua rakan-rakan yang pernah mengejek aku. Aku ingin buktikan kepada mereka bahawa aku sudah berjaya. Baru mereka tahu. Aku membohongi isteriku dengan menyatakan aku akan keluar negara atas urusan perniagaan.

Selepas perjumpaan tersebut, aku cuba menjenguk rumah yang telah lama aku tinggalkan. Jiran sebelah menyapa bila memerhatikan aku seperti terjengok-jengok. ”Mana orang tua yang pernah tinggal di sini makcik ?’. ”Sudah meninggal dunia” katanya. Menyesal ? Tidak ada sedetikpun kekesalan. Lalu jiranku tadi menghulurkan sepucuk surat yang datangnya dari ibu. Aku mengambilnya dan berlalu pergi.

Setibanya dirumah aku renyokkan surat tersebut lalu ku campakkan di dalam tong sampah. Tapi entah mengapa hatiku bagai ditarik untuk mengetahui kandungan surat tersebut. Ku lurutkan surat ibu dan isi kandungan berbunyi.

Wahai anakku, ibu sentiasa mengingatimu sepanjang masa. Ibu sentiasa merindui dirimu. Ibu mohon maaf di atas kehadiran ibu kerumahmu dan menakutkan anak-anakmu.
Anakku, Ibu gembira bila mengetahui dirimu akan hadir dalam perjumpaan sekolah. Tapi dikala itu mungkin ibu sudah tidak berupaya bangkit untuk bertemu denganmu. Ibu mohon kemaafan kerana menjadikan dirimu bahan tawa sepanjang kedewasaanmu.
Anakku, semasa dirimu masih kecil, dirimu terlibat dengan kemalangan dan kehilangan sebelah mata. Ibu tidak sanggup melihat dirimu dihina dan ditertawakan lalu sebelah mata ibu diserahkan untukmu. Ibu sungguh bangga dengan dirimu kerana dapat melihat dunia dengan sempurna dengan menggunakan mata ibu.

Yang menyayangi dirimu
Ibu.

KENANGAN YANG HILANG

Ingin ku kongsi pengalaman ini agar tidak terjadi pada kalian semua. Kenanglah pergorbanan isteri yang bersusah-payah mengharungi bahtera dalam kehidupan berumahtangga. Harap dijadikan teladan kerana yang ada tidak dihargai manakala yang sudah tiada selalu digamit kembali.

2 tahun selepas aku mula bekerja, aku telah bertemu dgn Ain. Ya itulah panggilan manja yang ku berikan pada isteriku semenjak aku bersua dengannya. Manisnya bercinta, semuanya indah belaka. Percintaan kami akhirnya diikat dengan tali pertunangan dan setahun kemudian diijabkabulkan.

“Abang dah balik, nah air ni .. tentu abang dahaga” itulah ungkapan yang keluar dari mulut Ain setiap kali aku pulang bekerja. Semua tugasan di rumah dilakukan Ain bersendirian. Aku bangga dengan Ain yang tiada tandingannya. Makan, minum, pakai, mengaji, sembahyang malamnya dan apa sahaja, semuanya sempurna sebagai seorang isteri yang solehah. Anak2ku membesar kebanyakkan dari masa yang dikorbankan oleh Ain.

3 tahun berlalu, aku dinaikkan pangkat menjadi pengurus cawangan. Inilah saat yang memerangkap diriku. Emilia anak kepada empunya syarikat, mulanya sebagai rakan setugas dan tidak terlintas untuk memadu kasih dengannya. Sehinggalah suatu hari aku benar-benar terperangkap dengan cinta Emilia. Kini masa terluang bersama isteriku telah ku alihkan pd Emilia.

Aku mengambil keputusan menjadikan Emilia sebagai isteri keduaku. Walaupun mendapat tentangan dari ibubapaku. Ain hanya mampu mengalirkan airmata. “Tak apalah bang… jika itu yang abang rasa terbaik. Ain redha dengan apa yang berlaku”.

Penggiliran berlaku dalam hidupku dan setiap kali aku bersama Ain, jiwaku tidak tenteram, bising, semak dan berserabut. Ain selalu menjadi santapan tanganku jika aku terbeban dengan masalah. “Ain minta maaf bang, Ain yang salah, Ain minta maaf” kata Ain setiap kali aku menghayunkan tanganku. Ain tidak pernah menimbulkan kebencian aku terhadap Emilia tetapi sebaliknya berlaku bila aku bersama Emilia. Kini aku jarang balik kerumah Ain.

Sepanjang ingatan yang aku ketahui … aku ditimpa kemalangan di tapak projek. Sebuah kren terlanggar dinding konkrit dan menghempap kereta yang aku naiki. Selama 2 minggu aku tidak sedarkan diri dan selama itulah Ain yang mengambil berat menjaga diriku. Tidak kelihatan Emilia. Dimanakah dia? “Mana Emi?” pertanyaan ku hanya di jawab ringkas “Mungkin dia sibuk agaknya bang”. Apa yang aku perhatikan Ain semakin kurus dan batuknya tidak berhenti. “Mengapa Ain ?’. “Tak ada apa2 bang, Ain sihat”. Sehinggalah 3 bulan kemudiannya aku dibenarkan pulang dan Ain yang menghantar aku kerumah Emilia. Aku menghabiskan masaku bersama Emilia semenjak keluar dari hospital. Tidak hadir ingatanku terhadap Ain, apalagi anak2 ku yang kian membesar.

Suatu hari aku menerima panggilan telefon yang benar-benar menginsafkan diriku. Berderau darahku menerima berita ini. Setibanya aku disana, aku memeluk erat insan yang kusayangi dan pernah kusakiti selama ini. Aku teringatkan detik-detik manis bersama Ain. “Bang udahlah tu… tak baik macam ni” kata adikku.

Tak sempat aku bertanya apa-apa kepada adikku .. aku dihujani dgn persoalan. “Apa yang abang dah buat ni, bang, kenapa buat macam ni pada Kak Ain, jenis suami apa abang ni”. “Abang tak kenang pengorbanan yang diberikan akak semasa abang ditimpa kemalangan dahulu. Buah pinggang yang ada ada abang sekarang nie akak yang punya… darah yang mengalir pun akak Ain yang punya, tiada nafkah yang abang berikan, Kak Ain menjual kuih mengambil upah menjahit untuk menyara anak abang, abang kemana selama ini” “Akak Ain menderita penyakit berseorang diri, tidak pernah abang kunjungi”.

Tatkala mendengar berita tersebut air mata lelakiku mengalir laju. “Mengapa Ain ? mengapa Ain tak beritahu abang, abang sayangkan Ain, biarlah abang tebus kesalahan ini Ain, abang sayangkan Ain, jangan pergi Ain”. Kini Ain diusung pergi jauh dariku.

Sunday, August 2, 2009

Kerja Oh Kerja Part II

Lokasi : Masjid Jamek ***
Masa : Lepas Maghrib (malam tadi)

Setelah selesai majlis bacaan Yaasin, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.

Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.

Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.

Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.

Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah..! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada ..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !

Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya..saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah...!

Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.

Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.

Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival...ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.

Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut..

(*) Ini kisah benar. Bukan rekaan. Buat renungan sahabat sekelian !

Kerja Oh Kerja

KALAU KITA FIKIR KITA SUSAH, MASIH ADA LAGI ADA ORG YG LEBIH SUSAH DARIPADA KITA..
CUMA KITA SEBAGAI ISLAM WAJIB SEDAR, JANGAN LAH SAMPAI KESUSAHAN KITA, MENGHAMPIRI KEKUFURAN..
USAHA SELAGI DAYA BERUSAHA, SEMENTARA ALLAH MEMBERIKAN KITA KESIHATAN DAN KEWARASAN AKAL..
REZEKI ADA DI MANA-MANA, YANG PENTING KITA BERUSAHA SELAIN BERDOA, BERTAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T


Thursday, May 14, 2009

Lokasi : Didalam Pasaraya Besar
Masa : Jam 3.30 pm

Seorang penolak troli gigih bekerja. Dari warna kulit dan wajah, jelas berbangsa melayu. Bukan Nepal atau Burma . Bangsa sekulit dengan aku. Usia tidak muda dan tidak juga tua. Agaknya dalam lingkungan 30an. Benar2 mengerah keringat dan kudrat menolak tidak kurang 30 troli sekali lalu. Peluh memercik, jelas dimukanya. Setelah selesai dia tiba-tiba tersenyum bila merasakan ada mata yang sedang melihat dia bekerja tadi. Sebagai menghargai, aku balas senyuman sambil menghampiri beliau.

Dah lama kerja kat sini ? tanyaku sambil menghulur tangan untuk berjabat tanda awal memula perkenalan. baru lagi bang. Baru 2 bulan. Oh..jawabku ringkas. Sebelum ni ? Kerja kilang bang ! Dimana ? Di Pulau Pinang. Kilang tutup...nasib baik dapat kerja kat sini. Alhamdulillah ! Itupun terpaksa menganggur lebih 5 bulan tanpa kerja tetap.

Dari riak wajah, aku tahu dalam jiwanya terpamer azab kehilangan pekerjaan. Macamana kerja baru ni..ok ke tak ok ? aku menyoal lagi. Dia diam seketika..kemudian bersuara..kerja kuli bang! Nak kira ok tu..ok juga, cukup buat beli susu anak bang ! Berapa syarikat ni bagi sebulan ? banyak benar pertanyaan dari mulut aku ni untuk dia. Hmm..campur overtime..12 jam kerja sehari dari pukul 10 pagi sampai 10 malam, dapatlah RM800 sebulan. Banyak tu ? aku cuba menduga. Banyak ker? Cukuplah untuk sara anak bini. katanya ringkas. Hampir 10 minit aku luangkan masa untuk berbual dengan beliau, Halim namanya, ayah kepada 3 orang anak, 2 dah masuk sekolah rendah dan seorang lagi baru berumur 3 tahun. Tinggal di rumah sewa dengan sewaan RM250 sebulan. Agak perit bagi Halim, aku dapat rasa dengan gaji sebanyak itu. Apa nak buat...walaupun dia mempunyai Sijil dari Politeknik Ungku Omar, tapi yang jelas..pekerjaan beliau kini sebagai 'penolak troli'. Jika dahulu ketika bekerja kilang, sebagai juruteknik setiap bulan kurang2 dia boleh dapat RM1600 sebulan. Separuh dari pendapatannya hilang kerana masalah ekonomi sekarang. Nak salahkan kerajaan ker ? Entahlah..!!

RM1 bertemu RM50

Duit RM1 bertemu dengan RM50 lalu bertanya: "Oii,lama tak nampak, mana kau pergi?"

RM50 puluh menjawab " Dah merata tempat aku pergi.... pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi BKK naik AirAsia, lepak kat VIVO CITY, tgk konsert Siti Nurhalizala , S'pore Idol la.. ... banyak sangat tempat sampai tak terkira..... Eh, kau camner lak?"

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama.. Surau, Masjid, Surau... ".

Saturday, August 1, 2009

KENAPA ALLAH MEMBERI KEPERITAN DAN PENDERITAAN

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara. Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''

''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

'' Cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu ? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya x dpt
bayangkan Allah yg maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, ''kamu tahu tak yg sbnrnye barber jgk tidak wujud?''

''Kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi'' kata barber.

''Tidak!'' kata si lelaki tadi. ''Kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.

''Ah! Barber mmg wujud! Lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnye!'' kata barber.

''Tepat sekali!''. Kata si lelaki tadi.

''That's the point!. Allah jgk wujud. Itulah yg terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan. ''

Thursday, July 16, 2009

MATEMATIK

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Brilliant, isn ' t it?
And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

Now, takes a look at this...
101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%? What does it mean to
give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say
they are giving more than 100%?
We have all been in situations where
someone wants you to GIVE OVER
100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here ' s a little mathematical formula
that might help answer these
questions:

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S
T U V W X Y Z

Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 =98%

And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+ 4+7+5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God
will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with
mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get
you close, and Attitude will
get you there, It ' s the Love of God
that will put you over the top!
It ' s up to you if you share this
with your friends just
the way I did.
Have a nice day & Allah bless U!!

Thursday, July 9, 2009

Cari org dlm kopi :))

MEMORIZING THE QUR'AN PAGES

Would like to share with you a formula for memorizing the Qur'an pages (On a standard size of QURAN). Pay attention carefully; its very easy: Qur'an has 30 Juzuus (chapters)

Example 1
If you want to know the 5th Juzuu of the Quran is on which page?
Take 5 (the fifth juzu) 5-1 = 4, the answer 4 x 2 = 8 then insert 2 after 8 which shows 82
Now look at the Quraan and you will see The 5th Juzuu begins on page 82.
Amazing isnt it ??!

Example 2
10th Juzuu 10-1 = 9, the answer 9 x 2 = 18 then insert 2 after 18 which shows 182
Now look at the Quraan, you will see the 10th Juzuu begins on page 182.

Example 3
Juzuu 23, 23-1 = 22, the answer 22 x 2 = 44 then insert 2 after 44 which shows 442
Now look at the Quraan, you will see the 23rd Juzuu begins on page 442.

Subhana Allah share with others and teach your children how to do it.
This way YOU will always rememember which Juzuu starts on which page.

HARGA SEBUAH KERETA DAN ANAK...

Harga sebuah kereta dan ANAK...

Ingatlah......marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan................

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.


Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh...... cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya..

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak... Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik.. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak...

Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis..

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah... Mama.... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah... sayang mama.." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BERHARGA…